Friday, August 20, 2010

Semi Charmed Life





Lagu "Semi Charmed Life" oleh Third Eye Blind adalah salah satu all time favorite songs dalam playlist aku.

Disebabkan aku tiada abang (sebab aku yang sulong) yang boleh influence aku untuk dengar muzik - muzik international masa aku bebudak, jadi aku agak lambat jugak tahu kewujudan lagu dan band ni. (Dulu, aku banyak dig up pasal band - band ni daripada kawan - kawan sebaya, tak sebaya, dan abang - abang dieorang huhu)

Aku mula tahu dan suka lagu dan band ini setelah aku beli kaset kompilasi MAX 3 circa 1997 - 1998 kot..(sorry if silap tahun, aku dah lupa). Memang best tapi agak sukar nak nyanyi lagu ni kecuali lah lidah korang cakap English cair tak macam aku ni haha. Berbelit - belit lidah aku nak follow nyanyian Stephan Jenkins ni waaaaaa....

Sekarang ni..bile jamming...aku selalu suruh bandmates aku jam lagu ni..tapi malangnye dieorang lebih suka dengar daripada main lagu ni. Dieorang cakap lagu ni kord ulang ulang sama je sampai habis...miahahahahaa

2 comments:

Lady Elle said...

aku pon suka lagu ni dow.. sejak aku form 2.. hehehehe.. ko kan adik aku.. =)

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim said...

one hit wonder band ni.. tp lagu dia mmg best! layan!!!